ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak Ada Paksaan Dalam Beragama

Jan 4, 2011

Assalamualaikum,

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam), kerana sesungguhnya telah nyata jalan kebenaran dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” - Al-Baqarah 256

Demikianlah petikan dari ayat surat Al-Baqarah yang menerankan tentang beberapa konsep dan penerangan yang perlu dipatuhi oleh Umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati apakah intipati yang dikehendaki oleh Allah s.w.t di dalam ayat tersebut, semoga kita sama-sama beroleh ilmu serta kefahaman tentang intipati tersebut.

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam)” - Umat Islam hari ini telah menjadi keliru dan salah faham tentang maksud ayat tersebut yang sebenarnya bermaksud - kepercayaan atau cara hidup yang dibawa oleh Islam tidak boleh dipaksa sama sekali ke atas sesiapa sahaja melainkan dengan ikhlas dan kerelaan hati mereka sendiri untuk memeluknya. Namun malangnya terdapat segelintir umat Islam hari ini telah mempergunakan ayat tersebut untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas mereka. Mereka ini yang sememangnya agak ‘liar’ untuk melaksanakan suruhan Allah s.w.t seperti solat, zakat, berpuasa dan sebagainya dan apabila diajak mereka untuk mengerjakan perintah wajib tersebut maka jawapan mereka ialah “TIdak ada paksaan dalam agama”

Satu hujah yang amat jauh dari kebenaran dan tersimpang dari maksud asal ayat tersebut lantaran keinginan nafsu dan kejahilan diri yang menguasai diri. Mereka ini mempergunakan ayat tersebut semata-mata kerana ingin lari dari mengerjakan suruhan wajib yang telah dikenakan ke atas mereka.

Mereka telah lupa bahawa seseorang itu apabila mengucap dua kalimah syahadah dan bergelar seorang Muslim maka ia telah memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas mereka dan ia perlu dilaksananakan kerana mereka telah menjadi individu Muslim. Maka tanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t tersebut adalah WAJIB dan bukan satu pilihan baginya.

Kita renungi satu kisah Saidina Umar r.a dengan Asbaq, dan Asbaq telah berkata : “Aku dahulu merupakan hamba Umar dan beragama Kristian. Maka satu hari Umar menawarkan Islam kepada aku dan aku menolaknya. Lalu Umar berkata : “La Ikraha Fid Din” (tidak ada paksaan dan beragama)”. Kemudian Umar melanjutkan kata-katanya “Hai, Asbaq andaikata engkau masuk Islam maka kami akan dapat meminta bantuanmu dalam urusan kaum Muslimin.” - Riwayat Ibn Abi Hatim.

Demikianlah maksud sebenar ayat tersebut dan bukan maksud yang telah di’fahami’ oleh segelintir ‘orang liar’ yang sememang memandang perintah dan suruhan Allah s.w.t itu sebagai satu bebanan bukan pentaklifan. Mari sama-sama kita renungi semula perkara ini.

Sumber :
Link 1

Lirik: Far East - Cinta Pertama

Jan 2, 2011


Artis: Far East
Tajuk Nasyid: Cinta Pertama

Mekar di taman hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera ooo

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan ooo

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Cinta pertama...

Trafik Bulan Disember 2010

Trafik blog Notami untuk bulan Disember 2010

Berdasarkan Google Analytics
Berdasarkan Nuffnang Analytics
Trafk bulan ni menurun sebab hampir sebulan Notami x update blog..  ^_^

Nissan Teana 3.5L V6

Jan 1, 2011


General Specifications

Engine type : V6 DOHC 24 Valve CVTC
Cubic capacity : 3.5/3498
Max. power, kW at  rpm : 185/6000
Max. torque, Nm at rpm : 326/4400
Compression ratio : 10.3/1
Fuel System : ECCS, electtronic fuel injection control
Transmission type : XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission)
Steering Type : Twin Orifice Vehicle Speed Sensing Power Steering (TOPS)
System : Power Assisted, 4-wheel ABS, EBD, Brake Assist

Source :
Link 1

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP