ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Duhai Wanita...Hiasilah Dirimu dengan Taqwa

Mar 28, 2011

Mahkota seorang wanita terletak kepada tingginya budi pekerti dan hiasilah dirimu duhai wanita dengan sebaik-baik pakaian ketaqwaan..Moga Islam tak terfitnah dek kerana dirimu...sama-samalah mendaulahkan Islam..Sematkanlah kata-kata ini di dalam hati dan jiwa muslimah semua..(Saya adalah seorang muslimah yang ingin menjaga iman dan taqwa)..InsyaAllah, lama-kelamaan ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi muslimah semua ke arah jalan yang diredhai Allah..


Insaflah semasa kita semua masih lagi 'dipinjamkan' nyawa oleh Allah untuk hidup di dunia yang sementara ni..

Mari hayati video yang Notami jumpa di Facebook dan nak kongsikan dengan umat Islam semua terutamanya kepada muslimah..


All Da Best To SPM Candidate 2010

Mar 23, 2011


Hari yang di nanti-nanti dah tiba..Hari ni keluar la result SPM 2010. So, kepada semua yang menduduki SPM tahun lepas, semoga korang dapat keputusan SPM yang cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran..Bagi yang x dapat tuu, jangan mudah putus asa..Gagal sekali x bererti gagal selamaya..Cuba buat yang terbaik pada masa akan datang..

All da best 2 all of you!

Masukkan Video daripada Facebook ke dalam Entri/Post

Okay..Cara nak masukkan video daripada Facebook ke dalam entri senang jer..

Mula-mula korang kena la login Facebook dulu..kalau korang xde akaun Facebook, kne la register dulu dengan Facebook..Dah register tu, jgn la segan2 add page NotamiOnline ye..hehehe..

Lepas tu, korang kena dapatkan video ID untuk video yang korang nak masukkan dalam entri..Korang boleh dapatkan Video ID ni daripada 'web address'..Sebagai contoh, dalam web address kat bawah ni...


(Pembesaran Gambar)
Video ID = 1235355285019

Kalo korang jumpa video ni daripada video yang orang lain dah kongsi @ share, korang kena pergi ke page video tu dulu dengan cara klik pada tajuk video, baru boleh dapatkan video ID daripada web address untuk video tersebut..

Kemudian, korang hanya perlu copy and paste code di bawah dan masukkan dalam entri/post korang.. 
<center><object width="460" height="380" ><param name="allowfullscreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="movie" value="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxx" /><embed src="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxx" type="application/x-shockwave-flash"
allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="460" height="380"></embed></object></center>

Tukar teks yang diwarnakan mengikut kesesuaian korang..
hijau -- Video ID
merah -- lebar saiz video
biru -- tinggi saiz video

Dah siap..Selamat mencuba ye!

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Mar 20, 2011

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP