Sayangi Malaysia!
Sep 16, 2011
Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warganegara Malaysia yang berada di dalam negara mahu pun di luar negara. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tanpa kerjasama dan tolak ansur seluruh kaum, mustahil nikmat keamanan dan kemajuan yang dikecapi hari ini dapat dicapai. Semoga nikmat kemajuan dan keamanan yang dikecapi hari ini dapat dikekalkan hingga ke generasi-generasi yang seterusnya.
Sempena hari ini, mari kita sama-sama kibarkan jalur gemilang sebagai tanda kasih sayang kita kepada negara tercinta.
Sayangi Malaysia!
0 comments:
Post a Comment