Sejarah Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Dec 19, 2011
Dana Amanah Saham Bumiptera (ASB) dilancarkan pada 2 Januari 1990. Dana ini terbuka kepada kaum Bumiputera di Malaysia sahaja. Objektif dana ini adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Nilai ekuiti dana bagi belian dan jualan adalah tetap iaitu bernilai RM1 per unit. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya. Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah terhad sebanyak RM200,000 sahaja bagi yang berumur 18 tahun ke atas manakala yang berumur 18 tahun ke bawah adalah sebanyak RM10,000.
Saiz tabungan bagi ASB ini tidak terhad manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 Disember setiap tahun. Jadual di bawah memperincikan sejarah kadar dividen semenjak dana ini dilancarkan pada tahun 1990.
0 comments:
Post a Comment