ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

ASB Calculator

Dec 19, 2011


Notami dah cuba untuk membuat ASB calculator semudah yang mungkin untuk difahami dan pengiraan yang setepat mungkin. Sebarang pertanyaan atau cadangan penambahbaikan, boleh diajukan di dalam ruang komen di bawah.

Untuk download. sila klik salah satu link di bawah ini.
1) ASB Calculator : Version Excel 2007 Workbook (.xlsx)
2) ASB Calculator : Version Excel 97-2003 Workbook (.xls)

Password: notamionline.com

Sejarah Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Dana Amanah Saham Bumiptera (ASB) dilancarkan pada 2 Januari 1990. Dana ini terbuka kepada kaum Bumiputera di Malaysia sahaja. Objektif dana ini adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Nilai ekuiti dana bagi belian dan jualan adalah tetap iaitu bernilai RM1  per unit. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya. Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah terhad sebanyak RM200,000 sahaja bagi yang berumur 18 tahun ke atas manakala yang berumur 18 tahun ke bawah adalah sebanyak RM10,000.

Saiz tabungan bagi ASB ini tidak terhad manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 Disember setiap tahun. Jadual di bawah memperincikan sejarah kadar dividen semenjak dana ini dilancarkan pada tahun 1990.


* Dikemaskini pada 20/12/11

Sejarah Kadar Dividen Amanah Saham Nasional (ASN)


Dana Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada 20 April 1981 dan merupakan dana yang pertama dilancarkan oleh PNB. Dana ini terhad untuk dimiliki oleh kaum Bumiputera sahaja. Objektif pelaburan dana ini adalah bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

Nilai ekuiti dana bersifat pertumbuhan ini bagi belian dan jualan adalah tetap pada RM1 pada peringkat awal namun begitu ianya telah diapungkan berdasarkan harga pasaran pada tahun 1991 iaitu berasaskan kepada NAV (Net Asset Value). Kadar pulangan pula ketika pengumuman dividen pula berpotensi untuk menjana keuntungan atau kerugian berdasarkan NAV. Ianya juga merupakan dana yang dijamin modal pelaburannya.

Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur adalah tidak terhad bergantung kepada saiz dana tabungan bagi yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Saiz tabungan bagi ASN ini terhad sebanyak 2.5 bilion unit manakala laporan akhir kewangan dimana pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 Disember setiap tahun.
Jadual dibawah menunjukkan sejarah kadar dividen bagi ASN dan harus diingati bahawa nilai dividen bagi tahun 1981 sehingga 1990 adalah berdasarkan nilai se unit tetap manakala tahun berikutnya berdasarkan apungan harga pasaran.

Public Mutual Isytihar Agihan untuk 10 Dana

Jun 2, 2011

Mungkin ramai orang di luar sana yang minat dalam menceburi pelaburan saham menantikan hari-hari pengisytiharan pengagihan utk beberapa dana-dana yang popular. Jadi Notami nk kongsi la dengan korang sume maklumat ni..Tapi jangan lupe ye..yang mana rasa dirinya orang Islam, sila la melabur hanya dalam dana yang mematuhi syariah shj..Dana yang tersenarai kat bawah ni, hanya sebahagian shj yang termasuk dalam dana yang mematuhi syariah.

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP