Sejarah Kadar Dividen Amanah Saham Nasional (ASN)
Dec 19, 2011
Dana Amanah Saham Nasional (ASN)  dilancarkan pada 20 April 1981 dan merupakan dana yang pertama  dilancarkan oleh PNB. Dana ini terhad untuk dimiliki oleh kaum  Bumiputera sahaja. Objektif pelaburan dana ini adalah bagi menjana  pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan  pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam  kepelbagaian portfolio.
Nilai ekuiti dana bersifat pertumbuhan  ini bagi belian dan jualan adalah tetap pada RM1 pada peringkat awal  namun begitu ianya telah diapungkan berdasarkan harga pasaran pada tahun  1991 iaitu berasaskan kepada NAV (Net Asset Value). Kadar  pulangan pula ketika pengumuman dividen pula berpotensi untuk menjana  keuntungan atau kerugian berdasarkan NAV. Ianya juga merupakan dana yang  dijamin modal pelaburannya.
Maksimum pelaburan bagi setiap pelabur  adalah tidak terhad bergantung kepada saiz dana tabungan bagi yang  berumur 18 tahun ke atas sahaja. Saiz tabungan bagi ASN ini terhad  sebanyak 2.5 bilion unit manakala laporan akhir kewangan dimana  pengagihan dividen diumumkan adalah pada 31 Disember setiap tahun. 
Jadual dibawah menunjukkan sejarah kadar  dividen bagi ASN dan harus diingati bahawa nilai dividen bagi tahun  1981 sehingga 1990 adalah berdasarkan nilai se unit tetap manakala tahun  berikutnya berdasarkan apungan harga pasaran.
 





 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment