ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Lirik: Raihan - Carilah Cinta

Jan 20, 2011


Artis: Raihan
Tajuk Nasyid: Carilah Cinta

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNya Yang Esa

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNya Yang Esa

Namun janjiNya kepada hambaNya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNya kepada hambaNya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhanmu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

Budak Lemas Dalam Besen

Jan 17, 2011

Gambar sekadar hiasan
KULAIJAYA: Kelekaan dua beradik bermain tanpa menghiraukan adik bongsu mereka berusia dua tahun berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam besen di bilik air rumah keluarga terbabit di Kampung Baru Senai. di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersama abangnya berusia tujuh tahun dan kakak berusia lima tahun oleh ibunya kira-kira 10 hingga 15 minit di bilik tidur utama sementara suri rumah itu menyediakan hidangan makan malam keluarga di dapur rumah.

Bagaimanapun, adik-beradik mangsa yang leka bermain di ruang tamu di tingkat dua dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian akhirnya meragut nyawa mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam besen di tandas bilik tidur utama.

Difahamkan, ibu mangsa berusia 40-an hanya menyedari kejadian malang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu selepas kanak-kanak berkenaan gagal menyahut panggilannya beberapa kali hingga dia berasa bimbang terhadap keselamatannya.

Dia kemudian terperanjat melihat keadaan anaknya yang kebiruan akibat lemas di dalam besen dipenuhi air.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian berlaku, empat beranak itu berada di rumah manakala bapa mangsa berusia 40-an keluar bekerja.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kulaijaya, di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia akibat lemas.

“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai terendam dalam besen terbabit selama 10 hingga 15 minit sebelum ditemui oleh ibunya.

“Abang dan kakak mangsa juga dikatakan tidak menyedari kejadian menimpa adik bongsu mereka berikutan leka bermain di ruang tamu di tingkat atas.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai cuba keluar dari besen terbabit namun gagal dan tertelan air, menyebabkannya lemas,” katanya.

Zulkefly berkata, hasil bedah siasat di jabatan forensik di hospital berkenaan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi air.

“Siasatan lanjut mendapati kematian mangsa tidak mempunyai unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, usaha Metro Ahad untuk menemubual keluarga mangsa menemui jalan buntu apabila mereka enggan bekerjasama.

Sumber:
Link 1

Cara yang baik untuk berkongsi sejarah Dr Mahathir

Jan 15, 2011

KUALA LUMPUR: Dalam menyokong persembahan Istana Budaya yang akan datang yang bertajuk 'Tun Mahathir The Musical 2 (TMTM2)', Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berharap bahawa wataknya akan diberikan gambaran yang lebih serius.

Tun Dr Siti Hasmah, isteri mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, inisiatif itu adalah cara yang baik untuk berkongsi sejarah suaminya dengan generasi muda dan juga orang dewasa.

Pada musim pertama, beliau terkejut melihat wataknya yang digambarkan (oleh pelakon dan penyanyi Erra Fazira) sangat berbeza dari dirinya yang sebenarnya.

Saya lebih kepada watak orang yang serius, dan tidak menunjukkan emosi saya terlalu banyak, "komen Tun Dr Siti Hasmah, merujuk pada lakonan riang dan riuh Erra mengenai dirinya di atas pentas.

Pada musim kedua, bagaimanapun, Erra Fazira akan digantikan oleh penyanyi dan pelakon Misha Omar, yang memegang watak sebagai Dr Siti Hasmah semasa masih di bangku persekolahan dan Elly Mazlein, yang memegang watak sebagai Dr Siti Hasmah semasa menjadi isteri Perdana Menteri.

Kedua-dua juga hadir semasa wawancara dan bertanya pada Dr Siti Hasmah bimbingan dan nasihat tentang cara untuk melakonkan wataknya.


"Saya tidak boleh mengulas mengenai adegan selain yang berkaitan dengan saya, tapi semuanya baik selagi anda mendapatkan fakta-fakta yang benar," kata Tun Dr Siti Hasmah.

Dr Siti Hasmah meyakinkan semua orang bahawa kali ini, Dr Mahathir akan cuba untuk memberi ruang waktu untuk dirinya hadir semasa persembahan dijalankan. Apa yang beliau fikirkan adalah bagaimana pasangan itu akan bergerak masuk dan keluar dari auditorium pada hari itu.

Volvo C30 T5 R-Design

Jan 14, 2011


 General Specifications

Engine type : 5-cylinder turbo charged petrol
Max. output, kW at rpm : 169/5000
Max. torque, Nm at rpm : 320/1500-5000
Horsepower, hp : 230
Emission category : Euro 4
Fuel tank capacity, litres : 62
Weight, kg : 1860
Acceleration from 0-100 kph, s : 6.7-7.1
Fuel consumption, litres/100km : 8.7-9
CO2 emission, g/km : 203-211

Source:

Rancangan 100-hari Pakatan adalah tidak bertanggungjawab

Jan 11, 2011

PUTRAJAYA: Malaysia akan muflis seperti Greece dalam dua tahun jika rancangan 100-hari Pakatan Rakyat dilaksanakan selepas pilihan raya umum seterusnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Jika kita percaya pada sesuatu yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, maka kita menipu diri kita sendiri dan kita akan dimakan oleh kesalahan kita sendiri."

Berdasarkan rencana populis yang diumumkan bulan lalu, Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan diminta untuk memudahkan pengambil alihan aset lebuh raya oleh kerajaan untuk melaksanakan penghapusan tol.


Struktur subsidi ini juga harus dirubah dan elaun mengajar dinaikkan ke RM500 setiap bulan.

Jika mempunyai kuasa pada pilihan raya umum seterusnya, Pakatan juga berniat untuk menyingkirkan 'Felda Plantations' dengan tanaman pertanian dikendalikan oleh generasi kedua dan ketiga Felda.
 

Di pertemuan bulanan Jabatan Perdana Menteri, PM berkata rancangan Pakatan itu tidak bertanggung jawab. Mereka juga tidak realistik kerana mereka tidak menyatakan sumber dana untuk membiayai rancangan tersebut. PM berkata seseorang tidak boleh terlalu populis sehingga meletakkan masa depan bangsa sendiri dalam risiko.

Hal ini tidak bertanggung jawab dan akan menyebabkan anak cucu kita menderita.

"Jika rancangan mereka dilaksanakan, tidak akan lama ... hanya dalam masa dua tahun, menurut anggaran kita, negara kita akan menjadi seperti Greece."


Sumber:
NST (11/01/11 - m/s 1)

Pasukan Bola Sepak Negara Akan Menyinar

Jan 10, 2011


Sukan, terutama sepak bola, mempunyai kemampuan untuk membawa masyarakat dan individu bersama-sama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan hal ini ditunjukkan dari respons rakyat Malaysia di mana-mana terhadap bola sepak. PM mengatakan dia sendiri mengalami hal ini bulan lalu saat bersorak untuk pasukan kebangsaan ketika mereka bermain menentang Vietnam pada perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki.

Pasukan bola, katanya, boleh bangkit kembali hingga ke standard yang lebih tinggi dengan fokus, disiplin dan budaya pasukan yang baik. "Hal ini boleh berlaku. Pasukan negara telah pon dipuji pemain Manchester United dan mereka harus mengambil ini sebagai motivasi untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran mereka.

PM juga menantikan pertemuannya dengan pasukan bola sepak Malaysia Rabu ini untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan mereka. Para pemain muda ini adalah masa depan bola sepak kebangsaan dan mempunyai potensi untuk menghidupkan kembali sukan dalam negara.

Piala Malaysia, perlawanan bolasepak terlama di Asia, memiliki juara baru di Kelantan. Ini boleh menjadi tahun yang menarik bagi sukan ini yang mempunyai peminat yang ramai. PM berkata beliau selalu berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti perkembangan pasukan sukan kegemarannya.

PM menikmati beberapa waktu peribadi selepas Krismas untuk berehat rakyat isterinya dan anak-anak (dan kucing), untuk melakukan rutin harian bersenam dan untuk mengikuti status terkini bola sepak Liga Inggeris. PM juga menjemput orang ramai untuk berkongsi dan membincangkan pasukan sukan kegemaran mereka di blognya.

Zehra - Ustaz Amirul

Jan 5, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Korang sume ape kabar? Harap sehat la ye..Ble baca tajuk jer korang mesti dah dpt agak entri kali ni pasal ape kan! Haa..entri kali ni pasal cerita dlm slot Zehra yang baru yang akan ditayangkan x lama lg..Cerita ni akan ditayangkan pd tiap hari Jumaat brmula hari Jumaat ni (7/1/11)..Antara pelakon utama dalam cerita Ustaz Amirul ni ialah Ashraf Muslim dan Eira Syazira.

Eira Syazira & Ashraf Muslim

Sape antara korang yg x sabar2 menunggu utk tonton citer ni..bkn tonton.com.my ye..yang tu pon leh jugak tp lmbt sket la kalo nak tengok kat situ..x updated la..hehe.. ^_^ Ape pndapat awal korang pasal citer ni? Rasanyer best x? Boleh x mengatasi cerita Nur Kasih..Mesti ramai yang sangat suka cerita Nur Kasih ni kan..tp bg Notami, biasa2 jer la..mungkin x berape ngam dengan minat Notami kot...hmm..ape pon, korang jgn setakat tengok jer tau, amik la yg mana boleh dijadikan pengajaran dan yang x elok tu, jadikan sempadan..

Ok! Sampai sini jer tuk kali ni! Babai u olls! ^_^

Tidak Ada Paksaan Dalam Beragama

Jan 4, 2011

Assalamualaikum,

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam), kerana sesungguhnya telah nyata jalan kebenaran dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” - Al-Baqarah 256

Demikianlah petikan dari ayat surat Al-Baqarah yang menerankan tentang beberapa konsep dan penerangan yang perlu dipatuhi oleh Umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati apakah intipati yang dikehendaki oleh Allah s.w.t di dalam ayat tersebut, semoga kita sama-sama beroleh ilmu serta kefahaman tentang intipati tersebut.

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam)” - Umat Islam hari ini telah menjadi keliru dan salah faham tentang maksud ayat tersebut yang sebenarnya bermaksud - kepercayaan atau cara hidup yang dibawa oleh Islam tidak boleh dipaksa sama sekali ke atas sesiapa sahaja melainkan dengan ikhlas dan kerelaan hati mereka sendiri untuk memeluknya. Namun malangnya terdapat segelintir umat Islam hari ini telah mempergunakan ayat tersebut untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas mereka. Mereka ini yang sememangnya agak ‘liar’ untuk melaksanakan suruhan Allah s.w.t seperti solat, zakat, berpuasa dan sebagainya dan apabila diajak mereka untuk mengerjakan perintah wajib tersebut maka jawapan mereka ialah “TIdak ada paksaan dalam agama”

Satu hujah yang amat jauh dari kebenaran dan tersimpang dari maksud asal ayat tersebut lantaran keinginan nafsu dan kejahilan diri yang menguasai diri. Mereka ini mempergunakan ayat tersebut semata-mata kerana ingin lari dari mengerjakan suruhan wajib yang telah dikenakan ke atas mereka.

Mereka telah lupa bahawa seseorang itu apabila mengucap dua kalimah syahadah dan bergelar seorang Muslim maka ia telah memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas mereka dan ia perlu dilaksananakan kerana mereka telah menjadi individu Muslim. Maka tanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t tersebut adalah WAJIB dan bukan satu pilihan baginya.

Kita renungi satu kisah Saidina Umar r.a dengan Asbaq, dan Asbaq telah berkata : “Aku dahulu merupakan hamba Umar dan beragama Kristian. Maka satu hari Umar menawarkan Islam kepada aku dan aku menolaknya. Lalu Umar berkata : “La Ikraha Fid Din” (tidak ada paksaan dan beragama)”. Kemudian Umar melanjutkan kata-katanya “Hai, Asbaq andaikata engkau masuk Islam maka kami akan dapat meminta bantuanmu dalam urusan kaum Muslimin.” - Riwayat Ibn Abi Hatim.

Demikianlah maksud sebenar ayat tersebut dan bukan maksud yang telah di’fahami’ oleh segelintir ‘orang liar’ yang sememang memandang perintah dan suruhan Allah s.w.t itu sebagai satu bebanan bukan pentaklifan. Mari sama-sama kita renungi semula perkara ini.

Sumber :
Link 1

Lirik: Far East - Cinta Pertama

Jan 2, 2011


Artis: Far East
Tajuk Nasyid: Cinta Pertama

Mekar di taman hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera ooo

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan ooo

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Hadirlah cinta, cinta pertama
Hadirlah cinta, cinta utama
Sayangi diri ini cinta, cinta pertama
Hati ini cinta, cinta utama

Cinta pertama...

Trafik Bulan Disember 2010

Trafik blog Notami untuk bulan Disember 2010

Berdasarkan Google Analytics
Berdasarkan Nuffnang Analytics
Trafk bulan ni menurun sebab hampir sebulan Notami x update blog..  ^_^

Nissan Teana 3.5L V6

Jan 1, 2011


General Specifications

Engine type : V6 DOHC 24 Valve CVTC
Cubic capacity : 3.5/3498
Max. power, kW at  rpm : 185/6000
Max. torque, Nm at rpm : 326/4400
Compression ratio : 10.3/1
Fuel System : ECCS, electtronic fuel injection control
Transmission type : XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission)
Steering Type : Twin Orifice Vehicle Speed Sensing Power Steering (TOPS)
System : Power Assisted, 4-wheel ABS, EBD, Brake Assist

Source :
Link 1

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP