ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Sape nak hadiah free? =)

Sep 30, 2010

Kali ni Notami nak join giveaway anjuran Nadia Farahida. Hadiah ye berupa sebuah kereta antik berwarna merah duit tunai, topup atau pun barang. Jom join ramai2!

Tarikh tutup giveaway pada 1 Okt 2010 jam 10.00pagi.

3 rakan blogger yg notami nak tagged kali ni.

Kongsi Raya : Keharamannya Jelas

Sep 29, 2010

Sekiranya diteliti, kenyataan dan pandangan umum terhadap isu kongsi raya ini banyak disandarkan kepada aspek perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian antara golongan etnik berbeza agama di Malaysia. Sebelum perbincangan mengenai isu ini boleh diteruskan, realiti permasalahan ini perlu difahami terlebih dahulu. Perlu dijelaskan di sini bahawa bagi seorang Muslim, setiap perbuatan kita dipandu sepenuhnya oleh hukum syara’ dan adalah haram bagi kita untuk menjadikan rujukan selain Islam (termasuk pendapat yang tidak disandarkan kepada nas) dalam menentukan hukum bagi sesuatu perbuatan itu. Oleh itu, dalam membincangkan persoalan di atas, hanya pandangan dari Islam sahajalah yang wajib dijadikan sebagai rujukan dalam menentukan sikap kita terhadap isu ini.

Apa yang wajib kita fahami adalah, walau apa jua hukum yang datang dari Islam, sekiranya ia merupakan hukum yang diistinbat (diperoleh) melalui kefahaman yang benar dari Al-Quran, Sunnah, Qiyas mahupun Ijma’ Sahabat, maka ia pasti akan membawa kemaslahatan dan kesejahteraan kepada umat manusia. Dari itu, sekiranya suatu perbuatan itu ‘diperbolehkan’ atas alasan yang datang dari perspektif pemikiran manusia, tanpa disandarkan kepada nas, seperti pemahaman manusiawi terhadap konsep kemaslahatan, keharmonian dan kesejahteraan, maka ia tidak boleh diterima di dalam Islam. Keharmonian dan kesejahteraan yang hakiki hanyalah dapat diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan yang selari dengan kehendak Islam, bukannya kehendak manusia.

Pengharaman Senaman Yoga

Sep 23, 2010

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

Contest Bersama Si Kecil

Sep 21, 2010


Contest ni adalah anjuran Cik Gayah sempena ulangtahun hari kelahiran ibundanya yang tercinta pada 31 Ogos lalu. Contest ini bermula pada 1 September 2010 dan akan berakhir pada 10 Oktober 2010.

Syarat-syarat penyertaan :-
* Wajib letakkan tajuk 'Contest Bersama si Kecil'
* Letakkan banner di sidebar anda linkkan kepada halaman contest
* Sertakan link entry korang pada entry contest.
* Wajib gambar anda sendiri & bersama anak@ anak sedara@ adik
* Tag kepada 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)

Melabur Dalam ASN dan ASB

Sep 19, 2010

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.


Tarikh : 05 Februari 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa
Editor : PRO JAKIM

CONTEST BAJU RAYA ITIKKEJAM

Sep 17, 2010

Kali ni notami nak join contest anjuran Itik Kejam.

 Kalo nak join leh la klik pada gambar kat atas ni. Korang cuma perlu letakkan 1 gambar korang sedang memakai baju raya. Syarat2 gambar ada pada entri contest. Contest ni berlangsung sehingga 18 Sept 2010.

Koleksi Kad Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

Sep 12, 2010

Kad Raya Drpd Mama Syafi
Ucapan Mama Syafi :
sepanjang berblogging ni, mana lah tau ada kata2 aku yg menyinggung,  or ada yg aku tak dpt klik korang punya ad sebab tenet slow, so harap  halalkanlah visit2 & klik2 korang. aku mmg hargai sgt2.. semoga kita  semua di dalam keredhaanNYA & sentiasa dilindungi sepanjang cuti  nanti. berhati2 di jalan raya tau. Minta maaf zahir & batin..

Kad Raya Drpd Seri
Ucapan Seri : 
Tak rasa waktu begitu cepat berlalu. Begitu juga bulan Ramadhan yang tak lama lagi akan berakhir. Semoga apa yang kita amalkan selama bulan Ramadhan akan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. sebagai hamba yang soleh. Dan jangan lupa doa kita kepada saudara-saudara kita yang tak bernasib baik. Terutama mereka-mereka yang berada di Tanah Palestin serta saudara-saudara kita di Pakistan yang mengalamai bencana banjir.

Kad raya seri persembahkan,
Sebagai hadiah di hari raya;
Salah dan silap harap maafkan,
Selama mengembara di alam maya.

Di sempena hari baik bulan baik ini Seri mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Bathin kepada semua teman-teman, follower serta mereka yang sering ke blog Seri Bahasa.

Sambut Aidilfitri Lebih Awal?

Sep 9, 2010

SHUIT (kanan) bersama lapan pengikut jemaah Jamiah Al-Zikri Awwalun dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar selepas ditahan kerana meraikan Aidilfitri lebih awal, semalam.
KANGAR: Ketua jemaah dikenali ‘Jamiah Al-Zikri Awwalun', Shuit Ismail, 51, yang ditahan bersama lapan yang lain termasuk tiga anggota keluarganya kerana menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, di sini, semalam dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara.

Pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam, sekumpulan sembilan individu dipercayai anggota jemaah Jamiah Al-Zikri Awwalun ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri lebih awal di Surau Al-Zakirin yang dibuka di kawasan lot kedai di Taman Pertiwi Indah, dekat Seriab, di sini.
Berdasarkan maklumat, kumpulan berkenaan membawa fahaman berasal dari Indonesia dan sebelum ini menyambut Ramadan lebih awal dua hari berbanding umat Islam lain di negara ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah Yang Bakal Menjelma

Sep 7, 2010

 
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa
Jika ada, kemaafan jualah yang ku pinta
~~ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah Yang Bakal Menjelma ~~
~~ Serta Maaf Zahir dan Batin ~~

Bahasa Ape Ni?

Sep 3, 2010


Kepada kwn2 blogger di luar sana..Berapa banyak kali korang punya blog di lawati oleh blog yg korang sndiri pn xtau mana dtg asal usulnye..Lebih2 lagi bahasa yg digunakan pn korang xtau..Kat sebelah ni contoh ayat dlm versi bahasa yg telah digunakan.

Blog notami ni semakin hari semakin kerap lak rasenyer di lawati oleh blog2 yg mcm ni..xtau la sebab ape..Korang rase sebab ape ek? Ni benda baik ke benda buruk?

Sape2 yg boleh paham ape maknenye sume ni? maknanye contoh ayat kat atas tu atau bahasa ape yg diorang gunakan, bgtau la ye..Notami kalo bahasa selain drpd bm dan bi, mcm mandarin ke..jepun ke..notami mmg pakar stakat tau sepatah 2 boleh la!  (^_^)

Trafik Bulan Ogos 2010

Sep 1, 2010

Notami nak tunjuk pada kawan2 sume trafik bagi blog ni untuk bulan Ogos 2010. Tapi jangan gelak ye..Trafik ke blog notami ni memang la x seberapa kalau nak dibandingkan dengan expert blogger di luar sana tu..

Berdasarkan Google Analytics

Berdasarkan Nuffnang Analytics

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP