Adakah Zikir Bahan Untuk Gelak Ketawa?
Aug 30, 2010
Mari saksikan video ini
(Bukan bertujuan mengaibkan, hanya sebagai pengajaran)
(Bukan bertujuan mengaibkan, hanya sebagai pengajaran)
Siapakah mereka ini?
Adakah mereka beragama Islam? (sudah tentu anda tahu jawapannya, bukan!)
Tetapi adakah mereka sedar mereka beragama Islam?
Apakah yg perkataan @ kata2 yg keluar dr mulut mereka?
Jawapannya adalah bacaan zikir.
Adakah zikir satu bahan gelak ketawa di waktu lapang? (semestinya tidak)
Adakah ini tingkah laku yg sesuai sbg org Islam? (sudah tentu tidak)
Apakah itu zikir?
Zikir menurut bahasa bererti mengingati. Menurut istilah pula, zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bila dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Berzikir hendaklah dengan hati yg tulus dan ikhlas, tenang, suara yg lembut dan khusyuk.
Adab-adab berzikir
1) Memperlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.2) Berperasaan takut kepada kemurkaan Allah.3) Yakin serta mengharapkan pertolongan Allah.4) Menumpukan ingatan kpd Allah serta menjiwai apa yg dibaca.5) Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yg baik, diucapkan dgn kalimah yg betul sesuai dgn waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yg telah diterangkan ALLAH di dalam alQuran.
Marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan saling tegur-menegur. Semakin ramai yg memperlekehkan agama Islam pada hari ini. Tidak hairanlah ajaran @ kepercayaam lain semakin menghina agama Islam jika umat Islam itu sndiri semakin tidak sayang pada agamanya sndiri.