ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Lirik: Spring - Sejiwa

May 18, 2011

Artis: Spring
Tajuk Lagu: Sejiwa

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu ku bawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di Timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Sooooo Pinky! Cute x? =)

May 14, 2011

Apa khabar sahabat2 maya notami semua? Harap semuanya sihat sejahtera hendakNya..Apa aktiviti hujung minggu sahabat2 semua? Mungkin ada yang melakukan aktiviti berkhemah, pergi membeli-belah, melawat saudara-mara dan sebagainya...Hmm..notami pulak, tak ada aktiviti sangat untuk hujung minggu kali ini...Cuma pergi membuat persiapan untuk berpindah ke tempat baru tak lama lagi...dan...
tengah2 boring tu notami pon kemas2kan la file2 dan folder2 yang ada dalam laptop notami tuu...Lepas tu, notami jugak ada ubah penampilan mozilla firefox..Nak tengok tak? Cantik tau! huhu...Ini la hasilnya..

Ta daa!!

Haa...nampak tak apa kelainannya? Warna latar belakang tu dah warna pink beb! Kepada kipas-susah-mati warna pink tuu, mesti suka punya la..
kan! kan! kan! haha.. =p

Genap Sudah Setahun Pemergianmu...

May 7, 2011

Masa berlalu cukup pantas..Tanpa ku sedari, genap sudah setahun pemergianmu dari alam dunia ini untuk kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa..Berita mengenai pemergianmu ku terima sewaktu aku sedang berehat di hujung minggu di rumah kakakku..Bagaimana keadaanmu di saat-saat terakhirmu juga turut ku baca melalui surat khabar Metro..Perasaanku ketika itu menjadi sedih dan pilu tatkala membaca satu persatu ayat yang ditulis..Namun, di dalam kesedihan itu, jauh di dalam sudut hatiku masih gembira membacakan ayat-ayat terakhir yang ku baca ketika itu..Disaat sahabat karibku ini berada di hujung hayatnya yang terakhir dalam keadaan yang masih berlumuran darah, beliau masih sempat mengucapkan kalimah suci yang paling agung..Itulah dia dua kalimah syahadah..
Sahabatku,
Saat-saat kita bersama suka dan duka semasa di dalam universiti dulu akan sentiasa ku kenang dalam hidupku..Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian kenangan yang manis dalam hidupku..Semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah..
(Al-Fatihah untuk beliau)

Pantun Aurat Wanita

May 4, 2011

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Dalam hati sudah tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

Sumber :
Link 1

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP