ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Menu Makan Malam Hari Ini

Sep 5, 2012

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..apa kabar semua? dah habis puasa enam? lom lagi? haa..cepat-cepat la habiskan ye..huhu..Notami perasan dah habis puasa enam lak..haa..anda dah makan malam? apa menu makan malam anda hari ni? hari ni Notami nak kongsikan menu utama malan malam Notami untuk hari ni..menu masih lagi di peringkat percubaan la..sebab Notami pon belum mahir lagi..ni la gambarnye..jeng3!!


haa..menunya ayam goreng berempah..masa ni baru je siapkan bahan-bahan perapnya..lepas diperap lebih kurang 3 jam, Notami pon goreng la..gambar sample hasilnya kat bawah ni..

cantik kan rupa hasilnya! huhu..bukan setakat rupa je ye, rasanya pon sedap juga..tak rugi Notami mencuba resipi baru ni.. =)

Saman Pertamaku

Sep 1, 2012

  Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..pada hari rabu lepas, Notami pergi la jalan-jalan ke Kuala Lumpur dengan Kajang untuk berjumpa dengan kawan-kawan Notami sambil beraya sekali..seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dan juga dapat kenalan baru..selain itu, banyak juga tempat-tempat yang Notami sempat pergi..itu pon dengan bantuan GPS baru Notami..kalau tanpa GPS, memang x ke mana-mana la jawabnya..haha..kalau hendak tahu lebih lanjut, boleh la baca di sini..

     Selepas penat jalan-jalan dan berbual-bual, Notami pon membuat pilihan untuk terus balik ke Johor..oleh sebab nak sampai cepat di Johor dan nak tengok 'fuel consumption' kereta Notami, maka dengan selambanya pedal minyak Notami tekan dengan sesuka hati..rasanya purata kelajuan sepanjang perjalanan lebih kurang 150km/j agaknya..

     Hasilnya..perjalanan yang biasanya mengambil masa 4 hingga 5 jam, jadi 3 setengah jam je..dan.........

 
....inilah saman pertama Notami..saman melebihi had laju..peringatan kepada semua..pandu cermat jiwa selamat ye!! hehe.. =)

GPS Navigator baruku..

Aug 30, 2012

  Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..harap semuanya sihat walafiat..emm..selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia..diharapkan keamanan yang dikecapi akan berkekalan..inshaAllah..sempena cuti hari kemerdekaan ni, Notami cuti 6 hari..lamanya!! haha..mesti ada yang terpikir macam tu kan! takde la..Notami ambil cuti tahun sekali..sebab tu cuti jadi 6 hari..almaklumla..mood raya masih 'on' lagi.. (^_^).

     Cuti yang agak panjang ni Notami manfaatkan dengan baik..merata tempat juga la yang Notami pergi..ape lagi kan..ronda-ronda KL la..nak dijadikan cerita..petang Selasa haritu Notami pon bertolak la ke KL..yang Notami tahu cuma destinasi yang nak dituju je..apabila sampai je dekat KL, dengan berlagak pandainye Notami ikut je panduan jalan yang Notami dah tengok dan tulis siap2 atas kertas daripada Google Maps..haha..drive punya drive, baik2 nak pergi ke kawasan masjid wilayah, tengok2 Notami dah menghala ke Ampang..cemas juga la dibuatnya..kawan Notami yang Notami nak pergi jumpa pon tak boleh tolong..nasib baik la 'officemate' dia boleh tolong bagi panduan..terima kasih sangat2..disebabkan pengalaman tu juga la, malam tu juga Notami terus ajak kawan Notami pergi bangunan Low Yat untuk beli GPS Navigator..orang KL mesti sekurang-kurangya tahu punya la jalan ke bangunan Low Yat ni..ni la gambar GPS yang Notami dah beli..

Garmin Nuvi 40LM

     Lepas ni tak ada masalah lagi la kalo Notami nak pergi ke KL..hehe..

Persiapan Hari Raya

Aug 18, 2012

Assalamualaikum semua...tidak lama sahaja lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri atau pun lebih mudah disebut dengan hari raya puasa..bagi yang dah berumur, apa perasaan bila mendengar lagu raya dimainkan di radio atau pun televisyen? sangat gembira? sayu? atau pun tidak ada perasaan apa2 pun..Notami rasa apa? hmm..gembira tapi tak gembira macam dulu2..

haa..Notami ada soalan nak tanya pada semua..harap2 ada la yang dapat menjawab..kenapa ya pengumuman tarikh hari raya bukannya pada malam 17/8/12 (Jumaat)? setahu Notami, dalam bulan Islam cuma ada 28 atau 29 hari je sebulan..tapi kalau pengumuman dibuat pada malam Sabtu, bermakna bulan puasa tahun ni ada 29 atau 30 hari kan! betul tak Notami kira? ada sesiapa tahu tak kenapa jadi macam ni?

apa pun, Notami sudah nekad raya jatuh hari Ahad..haha..jadinya, persiapan semuanya sudah disiapkan..sama seperti tahun2 sebelum ini, Notami la yang menganyam ketupat untuk dimasak..

Persiapan anda macam mana?
 

Yeah..Basikal Baru!!

Mar 21, 2012

Assalamualaikum..dah lama Notami tak update kan blog ni! maklum la..sibuk sikit.. =) haa..dipendekkan cerita..dalam beberapa hari lepas, Notami ada beli 'gadget' baru..ala..just basikal je..Notami beli basikal ni sebab teringin sangat nak naik basikal..tiba-tiba je rasa nak mengayuh...so, Notami pon beli la satu..Tadaa!!


Cantik tak? boleh la kan..setakat model ni je yang Notami boleh beli..lagi pon..Notami bukannye taraf atlet-atlet yang serba mahir tu..huhu..

Happy Birthday To Me!! =)

Feb 27, 2012















Ya Allah
Sempena hari lahir ini
Ku sujud syukur padaMu
Kerana masih memanjangkan usiaku ini
Sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya Allah
Ku pohon padaMu
Dengan bertambahnya usiaku ini
Janganlah ku lalai dari mengingatiMu
Sedangkan Dikau tidak pernah melupakanku

Ya Allah
Ku tahu Engkau sentiasa menyayangiku
Sebab itu diriku selalu diduga olehMu

Ya Allah
Andai ini usiaku yang terakhir
Terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya Allah

Ya Allah
Syukurku dengan hadiah yang Kau berikan ini

Aksi-aksi Jamuan Hari Raya

Sep 28, 2011

Lauk Makan Malam Orang Bujang

Sep 21, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..korang dah mkn malam blom..mesti la dh mkn kann..dh masuk waktu tengah malam dah..ape ponn, jangan selalu amalkan makan lewat malam, ok! x baik untuk kesihatan..tapi amat baik untuk memboroikan perut..hahaha...

Haa..korang nak tau x Notami makan lauk ape malam ni?...simple je..al-maklum la...still bujang lagi..ade sape  nak try cucuk line x?..ok2..tetibe ade iklan lak kan..huhu.. =p ok la..ni la makan malam Notami kali ni...oh ye..lauk ni Notami masak sendiri ye..


Just lauk sayur bendi goreng, kentang berlada dan telur goreng je...minumannye special la sket..susu rendah lemak HL..it's my favourite..Not bad la kan menu makan malam Notami..kan! kan! kann! hehe.. (^_^)v

Genap Sudah Setahun Pemergianmu...

May 7, 2011

Masa berlalu cukup pantas..Tanpa ku sedari, genap sudah setahun pemergianmu dari alam dunia ini untuk kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa..Berita mengenai pemergianmu ku terima sewaktu aku sedang berehat di hujung minggu di rumah kakakku..Bagaimana keadaanmu di saat-saat terakhirmu juga turut ku baca melalui surat khabar Metro..Perasaanku ketika itu menjadi sedih dan pilu tatkala membaca satu persatu ayat yang ditulis..Namun, di dalam kesedihan itu, jauh di dalam sudut hatiku masih gembira membacakan ayat-ayat terakhir yang ku baca ketika itu..Disaat sahabat karibku ini berada di hujung hayatnya yang terakhir dalam keadaan yang masih berlumuran darah, beliau masih sempat mengucapkan kalimah suci yang paling agung..Itulah dia dua kalimah syahadah..
Sahabatku,
Saat-saat kita bersama suka dan duka semasa di dalam universiti dulu akan sentiasa ku kenang dalam hidupku..Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian kenangan yang manis dalam hidupku..Semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah..
(Al-Fatihah untuk beliau)

Serah Surat Letak Jawatan

Apr 23, 2011


Arrhhh...Lega rasenyer slps notami dah settlekan 1 prkara..Kalo korang nk tau, pagi semalam notami serah surat letak jawatan dgn notis 1 bulan..Sebab notami dah dapat kerja yg lebih baik drpd kerja sekarang..So, x lama lagi brakhir la jawatan notami sbg 'design engineer'..

Reason lain tu ada la gak..mcm2 la..stress 2 pon salah 1 gak kot..stress tu kadang2 perlu tp kalo dh over sangat, x elok la pulak utk kesihatan notami, kamu, kita dan semuanya..hehe..

Masa depan pon kne pikir gak kan..Semua benda perlu duit..Silap2, masa akan datang nak masuk tandas pon kne sehinggit! ish3..amacam? pikir2kan la ye..huhu..

~daa~

Di manakah kamu?

Apr 18, 2011

Baru2 ni notami trjumpa 1 lagu yg baru bg notami..xtau la lagu ni mmg lagu baru @ dh lama n cume notami jer yg x pnh dgr lagu ni..lagu ni notami jmpe drpd blog someone yg notami kenal..dengar pny dengar, mak aii..sedap btul lagu tu..lirik dgn dia pny rentak mmg notami sgt suka la..ssuai dgn jiwa notami kot..hehe..tajuk lagu tu Disaat aku mencintaimu nyanyian Dadali..korang pnh dgr x lagu ni? lagu ni lagu lama ke lagu baru?

hmm..notami nk citer la sket psl idup notami..hari ni pagi2 lg mood notami dh down..actually dari malam smlm sebenrnye..Dari malam semalam geram sgt dgn diri sndiri..nape la kalo dh tau bende yg kita wat tu salah tp masih lg nk wat jugak..2 la balasannye bila mmbiarkan diri jd lalai..lama2 t jd la hipokrit, degil campur jahil..

arghhh..ada sape nk bg nasehat kat notami x? tolooong arr..notami perlukan nasehat korang sume..
di manakah diriku yg dulu..ke manakah kamu mghilang.. =(

Sad Mood... =(

Mar 14, 2011

Ape kabar kwn2..harap sume sehat n ceria selalu..Hari ni Notami xde semangat sejak awal2 pagi lg..
Bkn stakat xde semangat jer, rs pening kepala, muntah n nk pengsan pon ada..Notami skrg ni tgh dlm keadaan tekanan darah rendah atau dlm scientificnye di panggil 'Hypotension'..Lebih teruk lg, ubat yg dpt drpd poliklinik pon dh tertinggal kat umah..
(ape la nk jadi dgn aku nih..cmne la nk keje smpai abis waktu petang nie)
doakan Notami cepat sembuh ye!..
Ujian tekanan darah

Peluang yg ada ni Notami nk kongsi sket symptom2 org yg kne hypotension ni..
1) sakit dada
2) degupan jntung yg tidak normal
3) pening kepala
4) muntah2
5) kelesuan yg berpanjangan
6) demam
dan mcm2 lagi...

So, kalo korang rs ada symptom2 ni, cpt2 la brjumpa doktor ye!.. 

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP