ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Wanita Haidh Membaca Doa Istikharah

Oct 13, 2010

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Bagi wanita yg uzur(haid),dan memerlukan kepastian sesuatu perkara, bolehkah membaca sahaja doa solat istikharah (memandangkan dia tak blh solat)?

Jawapan:
YA, bagi wanita yang uzur, dan dia memiliki hajat untuk beristikharah, memadai baginya membaca doa istikharah yang thabit dari Nabi SAW. Lebih elok, jika ia memilik untuk melakukan doa itu pada waktu-waktu yang dimustajabkan doa. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:

أجاز القائلون بحصول الاستخارة بالدعاء فقط وقوع ذلك في أي وقت من الأوقات ; لأن الدعاء غير منهي عنه في جميع الأوقات

“Sebahagian (ulama) menyatakan, al-Istikharah itu boleh diperolehi dengan doa semata-mata, yang dilakukan pada bila-bila masa, kerana doa tidak dilarang dalam semua waktu…”

Kumpulan penyelidik bagi lamanweb Islam-online.net pula berkata:

العلماء ذكروا أن الاستخارة تكون بثلاثة أشكال:

الأول : وهو المعروف من صلاة ركعتين ثم الدعاء بعدهما بدعاء الاستخارة.

الثاني : الدعاء فقط بنية الاستخارة دون صلاة.

الثالث : الدعاء عقب أي صلاة ، وليس صلاة خاصة بالاستخارة.

Maksudnya: “Para ulama berkata, al-Istikharah itu boleh dalam tiga bentuk:

1. Seperti yang diketahui umum, dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa selepasnya dengan doa istikharah.
2. Doa sahaja, dengan niat istikharah tanpa solat (2 rakaat).
3. Doa al-Istikharah tersebut dilakukan setelah selesai mana-mana solat.

wallahu a’lam.

Sumber :
Link 1

5 comments:

Anonymous,  October 14, 2010  

terima kasih atas perkongsian :)

Cik Tim October 15, 2010  

thanks 4 d info.. ;)

VanillaKrimSoda October 17, 2010  

thanks for sharing ;)
kalu ade pape info yg best, share lg ye...

dnoBiz October 19, 2010  

Terima kasih atas perkongsian yang berguna, walaupun saya lelaki

notami,  October 19, 2010  

to all>> sama2..mari kita sama2 brkongsi ilmu yg brguna utk renungan bersama~

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP