ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Pengharaman Senaman Yoga

Sep 23, 2010

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

7 comments:

CIK TOM September 23, 2010  

cik tom pernah wat yoga ni...tp kalo dah salah guna...terpesong la akidah...sbb yoga ni ala2 cam sami duk bertafakur..xelok gak amal..cik tom pn dah stop buat...

Anonymous,  September 23, 2010  

maknenye yoga ni xleh wat la eg?

nosembilanbelas September 23, 2010  

memang yoga tak boleh kan... tapi ada gak orang yang tak reti bahasa yang sibuk nak buat jugak...dah jadi macam fatwa rokok lak

Unknown September 23, 2010  

Biasa lah ada yg degil akn mencari berbagai alasan untuk meneruskan amalan yoga ini kan...

notami,  September 24, 2010  

to Tomato Gurl's Life>> bagus la kalo cik tom dah stop buat..lps ni cik tom wat senamrobik jer la ye

to BezBuddy>> a'ah..yoga ni tak boleh la org Islam amalkan

to nosembilanbelas, ain>> biasa la tu..org yg x nk dgr nasehat mmg slalu bg alasan..kan!

Kuri Kuri September 25, 2010  

baru teringin nak belajar senaman yoga

humble.yat September 26, 2010  

apa-apa sahaja perbuatan yang menyamai ciri keagamaan selain agama islam adalah HARAM.
janganlah sesekai nak menghampiriNya.
Sesungguhnya Allah sgt sayangkan kita semua diberiNya ahli-ahli mufti yang sentiasa berfikir dan mengkaji untuk memberi kita panduan hidup sebagai Muslim sejati.;-)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP