ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA -- ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Kita Semakin Alpa Dan Leka

Aug 24, 2010

Bacalah entri ini sehingga akhir utk memahami mesej sebenar yg ingin disampaikan.

Mari saksikan video ini.
Apakah perasaan anda atau apakah yg trlintas di fikiran anda sewaktu melihat video di atas?
Jika anda sekadar melihat dan tidak merasa apa2... 
Sedarlah diri bahawa hati anda telah di kaburi oleh tipu daya syaitan yg ingin merosakkan manusia dan umat Islam secara khususnya.

Jika anda merasa marah pada si pelaku... 
Pernahkah anda berfikir samada anda telah menyumbang secara tidak langsung kpd berlakunya perkara2 sebegini?

Jika anda berasa sedih dan mengalirkan air mata...
Bersyukurlah, sesungguhnya hati anda masih belum buta utk melihat realiti kejahilan yg berlaku hari ini.


SEBAGAI UMAT ISLAM, SEDARKAH KITA BAHAWA UMAT ISLAM SEMAKIN KEMBALI KE ARAH ZAMAN KEJAHILAN SEPERTI ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM!!

Mari kita tontoni video ni pulak..

Jika anda seorang wanita Islam, adakah anda faham mesej yang ingin di sampaikan?
Adakah anda sebahagian daripada mereka?
Adakah anda tahu memakai tudung adalah satu kewajipan bagi semua umat Islam?

Jika anda seorang yg memakai tudung, adakah anda pasti pemakaian tudung anda menepati syariat Islam?
Adakah anda tahu cara memakai tudung yang sebenarnya?
Adakah anda memahami pengertian menutup aurat yang sebenarnya? 

Jika anda merasakan semua persoalan ini adalah suatu yg membebankan, insaflah wahai saudara seagamaku!

Tujuan memakai tudung bukan hanya untuk menutupi rambut semata-mata.
Bahagian dada juga wajib di litupi sepenuhnya dengan tudung supaya bentuk badan anda tidak dapat dilihat.
Kebanyakan fesyen pemakaian tudung hari ini yg di pelopori oleh artis2 dan tokoh2 politik tidak wajar dijadikan contoh dan ikutan.

 Wahai wanita..
Wahai wanita...
Wahai wanita yg bergelar muslimah..

Sedarlah..
Sedarlah...
Kelalaian anda itu hanya meningkatkan nafsu syahwat lelaki..
Yang akhirnya mencari jalan penyelesaian dengan cara yg salah..
(membawa kepada brlakunya kes zina dan buang anak seperti di atas)

Adakah..
Adakah anda masih hanya mahu menuding jari ke arah insan yg bergelar lelaki..
Di atas segala yg berlaku pada hari ini.

Pada insan yg bergelar lelaki..
Jagalah pandangan matamu..
Di manakah pegangan agamamu..
Yang sepatutnya menjadi ketua keluarga..
Ketua tunggak negara..

Wahai saudara seagamaku...
Bangunlah..
Bangunlah...
Janganlah lagi alpa dan leka...
Tingkatkanlah iman kita...
Sayangilah agama kita...

24 comments:

xazryx August 24, 2010  

adoi .ntah la .

Aainies Aini August 24, 2010  

SediH tgk baby yg dibuang nih....

diraja22 August 24, 2010  

dunia menuju ke penghujungnya..

CIK TOM August 24, 2010  

sedih dan sayu tengok pembuangan bayi makin berleluasa...maksiat zina dah satu hal, tambah pulak buang dan bunuh bayi yang tak berdosa..hurm..ya Allah jauhi la hambamu ini serta seluruh umat Islam dari terjerumus ke arah melakukan perkara2 yang dilarang oleh MU ya Allah..amin...

Cahaya Kehidupan August 24, 2010  

sentiasalah bermuhasabah diri supaya kita sama2 jadi muslim dan muslimah yang sejati..amin

MsErma August 28, 2010  

ari tu mmg da dekat sgt ngan kite. insyallah erma otw nak tukar cara penampilan... mula sikit2 dulu.

haidi takeAfoto August 28, 2010  

bagus la erma..tp slow2 la..jgn push sgt..

yayanlalah August 28, 2010  

saya dalam proses nak brubah jgk lps tgk vdeo tu kat fb..insyaallah..slow2 dgn bntuan kwn2...

kerangRebus August 28, 2010  

ya Allah...gile2..memang kecut perut nengoknye...xtau nk ckp cmna lg...hm..mudah2an kite jauh dr pkara2 yg xbaik ni..amin!~~

Masa DAH Time August 28, 2010  

sedihla tengok bayi dalam keadaan macam tu..

ibu wawa August 29, 2010  

kenapalah bayi yang tidak berdosa dibuat sebegini rupa?
apalah dosa mereka...
sudahlah dosa zina dicipta, kini dosa membuang anak pula dilaksanakan.

ummi iman August 29, 2010  

urmm..berubah sedikit demi sedikit..ummi pun tgh try begitu...kena pastikan n tanamkan dalam hati yag hari esok mesti lebih baik dari hari ini..ummi pon terasa sangat berdosa dalam diri...tapi, insyaALLAH..berusaha untuk berubah

D.I.H August 29, 2010  

Salam...

Selamat berpuasa.
Kita sudah di akhir zaman.....

Anda di Tag

http://akuiza.blogspot.com/2010/08/tag-dari-ma.html

sila ambil.terima kasih.

kuyam August 31, 2010  

huhuhu..thanks for this reminder...kdg2 kita terleka sejenak.manusia biasa kan...

notami,  September 01, 2010  

to Nur Hayaty, erma, izyan dan ummi iman>>

bagus la kalo ada niat utk berubah mnjadi muslimah yg lbih baik..tanamkan dlm hati dgn sesungguhnya utk berubah..kalo kita ikhlas utk berubah, Allah akan prmudahkan jln dan melembutkan hati kita ke arah kebaikan..insyaAllah..

Aniko September 06, 2010  

hello was here, nice night :)

Unknown September 30, 2010  

kita sebagai manusia sering lupa, terima kasih kerana mengingatkan. mari teruskan usaha ingat mengingati...

Gayahspears October 01, 2010  

peringatan ntk diri sendiri juga~ semoga esok leboh baik dr arini~amin

cik.pija October 01, 2010  

sedih tgk sanggup dorang ni buang baby yang comel macam tu je. +_+

Nasir October 05, 2010  

sedih la mcm nie..huhuu

syabab October 06, 2010  

honestly, bg diri ni.. mereka yg letak pic2 kaum hawa tu pon berdosa gak.. dah la aibkan mereka.. nk berdakwah leh tp biarlah berhikmah... yg melakukan pekara tesebut bkn sekadar gadis2 yg mereka letakkan dlm video tu..ramai g... walo bagaimana pon itulah akibatnya bila letak pic2 yg menampakkan keaiban hanya seorang suami leh lihat ditonjolkan kt khalayak..sehinggakan dijadikan santapan n pedoman dlm penyampaian dakwah n tontonan umum... huhuhuhuhuhu... btw maaf kalo kekasran berbicara...

notami,  October 08, 2010  

to FareedSairi>> yup! sama2 ingt-mengingati

to Gayahspears>> mudah2an..amin

to eman>> sy pnh mndengar ceramah yg mngatakan jika tujuannya utk ke arah kebaikan dan sbg pengajaran tidak mengapa dan tidak berdosa..

to others>> thanks 4 ur comment! =)

anamizu November 27, 2010  

subhanallah...
semoga kita sentiasa mendapat hidayahnya menuju jln kebenaran..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
============Maher Zain - Number One For Me=======

  © Nota Seorang Blogger is brought to you by Notami 2010

Back to TOP